TUGASAN BLOG SIW 505
POLIGAMI: KENAPA DITENTANG?
Nurul Nadiah Binti Md Salleh
Calon Sarjana Sains Kemasyarakatan
(Pengurusan Pembangunan Islam)
No. Matrik: P-SM0153/12
Isu kesetaraan gender bukanlah isu baru.
Malahan ia telah bermula selepas Marxisme yang mana pada masa itu ramai cuba
memepertahankan hak-hak wanita serta keadilan terhadap wanita. Di dalam Islam,
isu ini turut timbul apabila sebuah organisasi badan bukan kerajaan (NGO) yang
dikenali sebagai Sisters In Islam (SIS) aktif mempertahankan keadilan
terutamanya keadilan wanita dalam poligami. Bagi mereka, Islam adalah agama
yang adil dan Allah S.W.T. Maha Adil, tetapi kenapa terlalu banyak hasil
seperti bias kepada lelaki? Misalnya dalam pembahagian harta serta poligami dan
penanggungan kelambatan proses penceraian. Atas alasan ayat al-Quran diterjemah
secara manusiawi, SIS galak menuntut hak-hak wanita serta keadilan ke atas
mereka. Berkecimpung dalam arena peguam menuntut aktivis-aktivis SIS
menyaksikan pelbagai masalah sepeti penceraian, poligami dan hak-hak anak.
Akhirnya muncul satu perasaan yang merasakan bahawa Islam yang adil memberi
ketidakadilan kepada wanita. Dalam hal poligami misalnya, masalah tipu helah
oleh pengamal poligami yang membakar surat nikah kedua kerana dikhuatiri isteri
pertama akan mengamuk lalu akhirnya menimbulkan masalah kepada isteri kedua
(NST, 5 Ogos 2005), penggugatan kestabilan rumah tangga jika adanya poligami,
dan tanggungjawab memelihara kesucian keluarga diletakkan di bawah
tanggungjawab isteri menguatkan lagi prinsip dan hujah SIS untuk menolak
poligami.
Poligami mendapat pelbagai tanggapan.
Kaum lelaki menerima poligami dengan sebab mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W..
Kaum wanita menolak poligami kerana kasih mereka tidak boleh dikongsi manakala
masyarakat memandang serong keluarga yang mengamalkan poligami. Poligami dikecam
tanpa masyarakat itu memahami dan mendalami apakah bentuk poligami yang
seharusnya diamalkan.
Poligami dari segi bahasa berasal dari
perkataan Yunani iaitu “ploy” yang
bermaksud banyak dan “gamien” yang
bermaksud kahwin. Dari segi istilah poligami bermaksud perkahwinan dengan lebih
dari seorang (Wahid, 1992). Istilah poligami menurut syariat Islam bermaksud
perkahwinan seorang lelaki dengan lebih daripada seorang perempuan tapi tidak
melebihi empat orang. Apabila perempuan berkahwin dengan dua orang lelaki atau
lebih, ia dipanggil poliandri manakala
apabila seorang lelaki berkahwin dengan dua orang perempuan atau lebih,
fenomena itu dipanggil poligini.
Islam hanya mengamalkan poligini. Ini
berdasarkan dalil al-Qur’an yang bermaksud:
“Dan jika kamu khuatir tidak akan mampu berlaku adil
terhadap (hak-hak) perempuan yatim (ketika kamu menikahinya), maka nikahilah
perempuan
(lain) yang kamu seenangi: dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu khuatir
tidak akan mampu berlaku adil, maka (nikahilah) seorang saja, atau hamba
sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat agar
kamu tidak berbuat zalim” (An-Nisa’, 4:3)
(lain) yang kamu seenangi: dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu khuatir
tidak akan mampu berlaku adil, maka (nikahilah) seorang saja, atau hamba
sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat agar
kamu tidak berbuat zalim” (An-Nisa’, 4:3)
Poligami Sunnah Nabi
Seperti yang semua sedia maklum, poligami merupakan
sunnah nabi iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Mengikut sunnah nabi adalah salah satu
cara umat Islam mengekspresikan kecintaan mereka kepada nabi mereka selain dari
berselawat ke atas nabi. Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:
“Sesiapa yang mentaatiku, maka dia telah
mentaati Allah dan sesiapa
yang menderhakaiku, maka dia telah menderhakai Allah. Begitu juga
sesiapa yang mentaati petugasku, maka dia telah mentaatiku dan
sesiapa yang menderhakai petugasku, maka dia telah menderhakaiku.”(Hadis riwayat Bukhari)
yang menderhakaiku, maka dia telah menderhakai Allah. Begitu juga
sesiapa yang mentaati petugasku, maka dia telah mentaatiku dan
sesiapa yang menderhakai petugasku, maka dia telah menderhakaiku.”(Hadis riwayat Bukhari)
Rasulullah S.A.W. mengamalkan dua jenis
perkahwinan iaitu monogami dan poligami. Monogami semasa bersama Khadijah. Selepas
Khadijah meninggal dunia barulah Rasulullah S.A.W. mengamalkan poligami iaitu
semasa baginda berusia antara 55 hingga 60 tahun. Rasulullah S.A.W. mempunyai
11 orang isteri termasuk Khadijah (Firli, 2011). Hanya Saidatina Aishah yang
masih gadis semasa mengahwini Rasulullah S.A.W. manakala yang lain adalah
janda. Antara sebab Rasulullah S.A.W. berpoligami adalah CITATION Abd92 \l 1033 (Baharon, 1992) :
1.
Menjelaskan agama
2.
Menyempurnakan
syariat Islam kerana Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud:
“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: “Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah”, sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.” (Al-Ahzab,33:37)
“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: “Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah”, sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.” (Al-Ahzab,33:37)
3.
Menjaga kesucian
Islam.
4.
Mengangkat darjat
kaum wanita kerana pada masa tersebut, selalu terjadi peperangan yang
menyebabkan ramai syahid lalu meningkatkan bilangan janda dan anak yatim.
5.
Politik dan
menyebarkan dakwah kerana Rasulullah S.A.W. turut berkahwin dengan tawanan
perang dan hamba bagi menyebarkan ajaran Islam.
Jadual 1 di bawah
menjelaskan sebahagian daripada poligami Rasulullah S.A.W.
Isteri
|
Tujuan Perkahwinan
|
Hikmah perkahwinan
|
Zainab (Isteri Zaid anak angkat
Rasulullah S.A.W.)
|
- Memenuhi perintah Allah S.W.T dalam
surah Al-Ahzab ayat 37.
|
Menjelaskan bahawa anak angkat
mempunyai kedudukan yang berbeza dengan anak kandung
|
Saidatina Aishah
|
- eratkan hubungan dengan Saidina Abu
Bakar
- Selamatkan akidah kerana Saidatina Aishah pada masa itu telah ditunangkan dengan seorang pemuda yang belum Islam. |
Saidatina Aishah menjadi pusat rujukan
dan sumber hadis kerana kebijaksanaan, kuat daya ingatan, alim serta banyak
menghafal hadis nabi dan meriwayatkan hadis.
|
Siti Hafsah
|
- Beri perlindungan kepada janda
pejuang yang syahid.
- Eratkan hubungan dengan Saidina Umar |
Siti Hafsah menjadi penyimpan teks
Al-Quran tulisan tangan kerana beliau mahir membaca Al-Quran.
|
Siti Juwairiah
|
Hapuskan rasa dendam Bani Mustaliq akibat
kekalahan dalam peperangan.
|
Bani Mustaliq memperoleh kemerdekaan
beramai-ramai.
Tambahkan lagi bilangan umat Islam
sebab ramai pengikut Bani Mustaliq memeluk Islam.
|
Lelaki
dan poligami
Lelaki dan poligami memang sinonim
kerana lelaki yang mengamalkan poligami. Terdapat lelaki yang berpendapat
poligami itu hak mereka kerana sunnah nabi tetapi berapa ramai daripada mereka
yang mendalami poligami. Poligami bukanlah satu perkara yang mudah kerana
setiap yang Islam anjurkan mempunyai syarat dan peraturan yang harus dipatuhi
kerana Islam adalah syumul dan
menjaga umat Islam ke arah keharmonian hidup.
Poligami wujud bukanlah untuk menindas
tetapi mempunyai faktor tertentu. Faktor pertama poligami dilakukan adalah
kerana suami menderita batin disebabkan isteri sakit dan tidak mampu memenuhi
keperluan batin suami. Bagi mengelakkan berlakunya maksiat terutamanya pada
masa kini di mana lelaki mudah memperolehi pelacur, maka Islam membolehkan
seorang lelaki berpoligami. Ini bagi menjaga maruah keluarga kerana poligami
dapat mengelakkan penceraian yang mana penceraian merupakan satu tindakan yang
halal tapi dibenci Allah S.W.T.. Faktor kedua adalah kerana isteri mandul. Ini
dibolehkan berpoligami kerana tujuan perkahwinan adalah bagi mendapatkan zuriat
seterusnya meramaikan umat Islam di bumi. Kerana ingin mendapatkan anak, suami
dibolehkan berkahwin lain. Selain itu, poligami bertujuan menyelamatkan wanita
terutamanya wanita yang kehilangan suami supaya ada tempat bergantung bagi
mereka membesarkan anak-anak selain dari menyelamatkan lebih ramai wanita yang
tidak berkahwin walaupun usia sudah makin lanjut.
Dalam poligami, syarat pertama yang
perlu dipenuhi oleh seorang pengamal poligami adalah berkemampuan memenuhi
nafkah isteri-isteri (JAKIM, 2012) selaras dengan perintah Allah S.W.T. yang
bermaksud:
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut
kemampuannya;
dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia member
nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu);
Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang
diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah
ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya
kesusahan." (At-Talaq, 65:7)
dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia member
nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu);
Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang
diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah
ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya
kesusahan." (At-Talaq, 65:7)
Syarat kedua yang perlu dilaksanakan
adalah keadilan dan kesaksamaan pengamal poligami. Keadilan dan kesaksamaan ini
meliputi keadilan dalam membahagikan giliran bermalam, keadilan dalam memberi
nafkah dan penyediaan tempat tinggal kepada isteri-isteri serta keadilan dalam
bermusafir.
Wanita
dan poligami
Dalam kalangan wanita, masih ramai yang
menolak poligami. Menurut kajian yang telah dibuat oleh Haji Mohd Ishak iaitu
Timbalan Kadi Besar Selangor pada tahun 1989, hampir 90% wanita tidak bersetuju
dengan poligami kerana terdapat banyak rekod buruk penyelewengan, penganiayaan
dan ketidakadilan pengamal-pengamal poligami ke atas isteri-isteri mereka
(Majalah UMMI, 1989).
Antara sebab wanita sukar menerima
poligami adalah pengabaian terhadap isteri tua. Apabila seorang suami berkahwin
lain, banyak terjadi kejadian di mana suami tidak adil dan saksama setelah
berpoligami lalu meninggalkan isteri tua memakan hati. Ibarat pepatah “sudah
dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi”. Itulah yang dikhuatiri oleh
wanita jika mereka membenarkan suami berpoligami. Selain itu, terdapat beberapa
kejadian di mana wanita ditipu lelaki yang mengaku bujang. Selepas berkahwin
rahsia lelaki terbongkar lalu terjadi pelbagai konflik yang menakutkan wanita
seperti diserang isteri tua serta dimarahi keluarga. Lebih buruk lagi jika
lelaki memutuskan untuk terpaksa menceraikan dia dan pada masa yang sama, tiada
harta yang boleh dituntut kerana berkahwin lari. Ini merupakan satu
penganiayaan kepada wanita. Poligami sukar diterima juga kerana wanita mempertahankan
bahawa suami adalah hak mereka dan tidak boleh dikongsi. Hal ini terjadi kerana
perasaan menguasai diri lalu terlupa bahawa semua ini adalah milik Allah S.W.T.
dan hanya pinjaman.
Yang perlu wanita tahu, setiap apa yang
ditentukan Allah S.W.T. mempunyai hikmah yang kadang kala kita sendiri tidak
sedar. ‘Madu’ itu manis dan akan sentiasa manis jika dijaga dengan baik dan
diamalkan dengan sempurna serta mengikut syariat. Andainya suami yang
berkemampuan, adil dan saksama ingin mengikut sunnah, itu bukanlah satu
tamparan atau dianggap ujian hidup bagi wanita yang terus menyebabkan wanita
mengamuk tidak tentu pasal tetapi itulah ganjaran. Kerana Allah S.W.T. sedang
menawarkan payung emas di syurga. Di dunia wanita menghabiskan beribu ringgit
untuk membeli emas hingga ke siku, tetapi tanpa perlu dibeli malahan diberi,
begitu mudah ganjaran Allah S.W.T. ingin berikan.
Bukan ganjaran syurga sahaja yang
diberi, urusan di dunia juga dipermudahkan andainya seorang isteri redha
dimadukan. Urusan rumahtangga jika dahulunya diletakkan di atas bahunya seorang
kini dikongsi berdua. Urusan melayan suami kini lebih ringan berbanding tanpa
madu. Sudah ada orang yang boleh diharapkan untuk menjaga anak-anak bersama
serta sudah ada teman berbual selain suami. Indah bukan? Ganjaran syurga dan
dunia kita nikmati.
Poligami
Dari Segi Tasawur Islam
Di dalam Islam, telah ada ayat al-Quran
yang menyatakan tentang poligami (An-Nisa, 4:3). Namun begitu hukumnya bukanlah
wajib. Tetapi harus dan berdasarkan syarat-syarat tertentu. Poligami bukanlah
satu jenayah yang harus diperangi oleh masyarakat hanya disebabkan terpengaruh
dengan media yang banyak mengetengahkan berkenaan kegagalan poligami. Berapa
ramai yang memahami erti keadilan dalam poligami serta hak seorang isteri dalam
poligami? Ramai yang hanya berpegang kepada pernyataan bahawa poligami mendera
jiwa wanita, maka haruslah dikecam tanpa cuba mendalami konsep poligami itu
sendiri. Dakyah luar dipercayai tanpa usul periksa padahal hak wanita di dalam
poligami amat dipelihara. Seksyen 128 AUKI 1984 menyatakan bahawa seorang suami
yang tidak memberi keadilan yang sewajamya kepada isteri telah melakukan satu
kesalahan dan boleh didenda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara
tidak lebih daripada 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Peruntukan ini jelas
bertepatan dengan amalan poligami yang dianjurkan dalam Islam yang mana hak
wanita tidak diapndang remeh.
Ayat al-Qur’an yang merupakan sumber
utama tasawur Islam serta wahyu Allah S.W.T. bukanlah boleh ditafsir secara
sewenang-wenangnya seperti yang dilakukan oleh SIS dengan niat mempertahankan
hak wanita serta kesamarataan gender. Matlamat tidak menghalalkan cara.
Hujah-hujah SIS menarik tetapi bercanggah dengan hukum syarak sehingga berani
mengubah hukum Allah dan memutar belitkan kenyataan. Inilah golongan yang telah
disebut dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
"Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang
mencari keuntungan
dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang
lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud
dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan
mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati
serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman
kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?,
Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran
Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi
dikalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan)
pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang
lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud
dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan
mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati
serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman
kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?,
Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran
Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi
dikalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendikiawan)
pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
(Daripada Abu Hurairah r.a - Riwayat
Tarmizi).
Andainya tidak rela diri dimadukan oleh
suami, masih ada pilihan lain yang masih halal iaitu berpisah. Tetapi janganlah
mempertikaikan serta memainkan hukum Allah S.W.T. Kalam Allah tidak sama dengan apa yang kita fikirkan. Allah S.W.T.
Maha Mengetahui akan segala syariat yang telah ditetapkan. Mempertikaikan hukum
Allah boleh merosakkan akidah kerana iman bermaksud percaya dengan hati.
Seseorang yang mempertikaikan hukum Allah S.W.T boleh membawa kepada murtad.
Pengamalan poligami yang sebenar
mengikut hukum syarak menimbulkan perasaan syukur di dalam hati pengamal
poligami ke atas rahmat yang diberi tetapi malapetaka mungkin terjadi jika
pengamalan poligami hanya difahami sebelah mata serta tanpa berlandaskan nas
dan sumber yang sah dalam Islam.
Rujukan
Abdul Wahid Baharon. (1992). Poligami Menurut Pandangan Islam. Kuala Lumpur: SABHA-DTP Services
Sdn. Bhd.Ahmad Firli. (2011, Jun 18). Nama-Nama Dan Bilangan Isteri Nabi Muhammad S.A.W. Diakses pada 21 November 2012, daripada Sayap Dunia: http://sayapdunia.blogspot.com/2 011/06/nama-nama-bilangan-isteri-nabimuhammad.html
Albangi. (2010, Disember 4). Poligami – Jenayah Atau Rahmat? Diakses pada 30 November 2012, daripada Albangi's Blog: http://albangi.wordpress.com/2010/12/04/poligami jenayah-atau-rahmat/
JAKIM. (2012). Diakses pada 20 November 2012, daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia: http://www.islam.gov.my/
Sisters In Islam. (2005, Ogos 10). Poligami - Adil dan Saksama untuk Siapa? Diakses pada 28 November 2012, daripada Sisters In Islam: Empowering Voices for Change: http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.1015.7
Suhaiza Shuhaimi & Khairunnisa Assila (2012, Februari 29). I Luv Islam.Com. Diakses pada 21 November 2012, daripada Poligami: Madu Itu Pahit: http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/4291-poligami-madu-itu pahit.html)